Corporate
PENERBANGAN BALIK HAJI TERAKHIR 1435H TIBA DI KLIA
Penerbangan terakhir Haji telah selamat tiba di Tanah Air pada jam 5.38 pagi hari ini.
Penerbangan terus kapal Malaysia Airlines MH8277 yang membawa 264 jemaah ini bertolak dari Lapangan Terbang Prince Mohammed, Madinah pada Khamis, 6 November 2014, jam 4.40 petang (waktu Saudi), dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat, 7 November 2014.
YB. Dato' Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH serta pihak pengurusan TH turut hadir menyambut ketibaan para jemaah haji tersebut.
PENERBANGAN PERTAMA NEGERI SABAH BERANGKAT KE TANAH SUCI
Seramai 279 orang bakal-bakal haji Sabah menjadi kumpulan pertama dari negeri itu yang berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni.
PENERBANGAN PULANG PERTAMA JEMAAH HAJI DARI TANAH SUCI
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 317 orang yang terpilih untuk pergi menunaikan rukun Islam kelima di tanah suci pada tahun ini, selamat tiba di tanah air malam tadi. Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat penerbangan khas Saudi Airlines SV5410, jam 10.10 malam selepas bertolak dari Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz di Jeddah pada jam 7 pagi waktu tempatan.
PENERBANGAN TERAKHIR JEMAAH HAJI MALAYSIA KE TANAH SUCI
Penerbangan terakhir Jemaah Haji Malaysia KT69 seramai 489 jemaah telah selamat berlepas ke Tanah Suci pada hari ini.
Turut hadir di Lapangan Terbang Antaranbangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan terakhir ini ialah YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH dan Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH serta barisan pengurusan TH.
Pengelola Jemaah Haji (PJH) Services
REMINDER
Self-Managed Hajj Visa (Visa Haji Urusan Sendiri “VHUS”)
Malaysians (individuals or institutions) who obtain a Furada Visa or Mujamalah Visa by invitations from the Government of Saudi Arabia are only allowed to perform Hajj through the Hajj Pilgrimage Organisers (PJH) including TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS) which has been licensed by TH under Section 28 of the Hajj Fund Act 1995 (Act 535).
PENGERUSI LEMBAGA TABUNG HAJI LAWAT KELUARGA ALLAHYARHAMAH SAODAH BINTI MAT ISA
Yang Berhormat Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Saodah Binti Mat Isa, 92 di Taman Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor.