Corporate
KUMPULAN PERTAMA JEMAAH HAJI SELAMAT PULANG
Kumpulan pertama seramai 444 Jemaah Haji telah selamat tiba di KLIA setelah selesai melaksanakan ibadah haji. YB. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH dan pihak Pengurusan Kanan TH hadir menyambut ketibaan semua jemaah haji penerbangan balik pertama tersebut di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
KUMPULAN TERAKHIR 281 JEMAAH HAJI SELAMAT TIBA DI KLIA
Kumpulan terakhir seramai 281 Jemaah Haji Malaysia musim 1434H/2013M (KT 69) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan Malaysia Airlines, MH8309 pada jam 7.30 pagi.
Ketibaan para jemaah disambut oleh para Pengurusan Kanan Tabung Haji, MAS dan ahli-ahli keluarga masing-masing yang sudah berada di balai ketibaan, KLIA sejak awal pagi lagi.
KUNJUNGAN MUHIBBAH IMAM MASJID NABAWI KE TABUNG HAJI
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima kunjungan muhibbah daripada Fadilatul Al-Syaikh Solah bin Muhammad Al-Badir, Imam Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarah.
Lawatan ini adalah lawatan sulung beliau ke TH, dan beliau telah disambut oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Kunjungan tersebut disifatkan oleh Dato' Paduka Ismee sebagai platform untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kedua-dua belah pihak.
KUNJUNGAN PARTI NIGERIAN POUR LA DEMOCRATIC ET LE SOCIALISME
Parti Parti Nigerian Pour Le Democratic Et Le Socialisme telah mengadakan lawatan kerja ke Tabung Haji Malaysia. Delegasi seramai 8 orang itu diketuai Mr. Mohamed Bazoum, President of Nigerian Party for Democracy & Socialisme & Minister of State , Minister of Foreign Affairs, operations, African Integration and Nigerians Abroad disambut oleh YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
KURSUS PENGUKUHAN PEMBIMBING IBADAT HAJI TANAH SUCI
YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan kursus pengukuhan pembimbing ibadat haji di Tanah Suci. Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman.