• Home
  • Social Media
    • Facebook
    • X
    • Instagram
    • TikTok
    • YouTube
    • Linkedin
  • Career
  • OKU
  • Appointment
  • Branch
    Locations
  • Contact
    Us
  • MENU
  • Corporate

    Informasi Korporat

    • About Us
    • TH Stewardship Framework
    • Data & Statistics
    • Logo
    • TH Privacy Notice
    • Occupational Safety and Health Policy
    • Annual Report

    Struktur Organisasi

    • Organisation Chart
    • The Lembaga
    • Investment Panel
    • Shariah Advisory Committee
    • Management Team

    Integriti

    • Integrity Policy
    • e-Whistleblowing

    Tanggungjawab Sosial Korporat

    • About CSR
    • CSR Zakat Programmes
    • Contributions

    Karier dan Latihan Industri

    • Info

    Direktori

    • Headquarters
    • Branches

    Media & Muat Turun

    • Newsroom
    • Press Release
    • Khutbah Arafah
    • Photo Gallery
    • Archives

    Soalan Lazim

    • Corporate
  • Savings

    Maklumat Am

    • Savings
    • Opening an Account
    • Closing an Account
    • Debit-i Card
    • Beneficiary Appointment
    • Data & Statistics
    • Profit Distribution

    Perkhidmatan

    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • Strategic Partners
    • IFiC Counter
    • Service Centre (PPTH)
    • Virtual Account Opening (VAO)
    • TH Khairat
    • TH Community
    • Hibah Amanah
    • Kelab TaHa
    • JomPAY

    Soalan Lazim

    • Savings
    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • JomPAY
    • TH Khairat
    • Update Mobile Phone Number
    • Campaigns
      • Link, Simpan & Menang - TH Maybank Campaign

    Kempen

    • Kempen VAO 2024
    • Al-Falah Campaign
    • THiJARI Auto Save @ THiJARI FPX Campaign
    • Smart Saving Campaign 2024
    • Contribute and Save Campaign 2024
    • Terpaling Sayang Campaign
    • Link & Menang TH Bersama AmBank Campaign

    Borang-Borang

    • Download Form
  • Hajj

    Maklumat Am

    • Hajj Management
    • Hajj Registration
    • Hajj Appeal
    • Hajj Cost and Payment
    • Hajj Quota
    • Hajj Operations
    • Data & Statistics

    Bimbingan

    • E-Guidance Portal
    • Hajj Course
    • Hajj Basic Course (KAH) Module
    • Hajj Basic Course Series (Lembaga Tabung Haji Youtube Channel)
    • Hajj Publication
    • Homeland Hajj Trainers and Holy Land Hajj Facilitators
    • Muzakarah Hajj Resolution
    • Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ) Programme

    Perkhidmatan

    • Hajj Advisory Committee (TH-JAKIM)
    • Executive Programme for Hajj Guidance Facilitator (EPIH)
    • Pengelola Jemaah Haji (PJH) Services

    Soalan Lazim

    • Hajj Basic Course (KAH) 1446H/2025M
    • Hajj Payment 1445H/2024
    • Hajj Conditions & Health Criteria for Prospective Hajj Pilgrims Hajj Season 1445H/2024M
    • FAQ on the 1445H Dam and Qurban Services
    • FAQ - 25 Registered Hajj Pilgrimage Operators (PJH) under TH for the year 2024M

    Kempen

    • Hajj Artefacts Collection Campaign #MuziumHajiTH
  • Investment

    Maklumat Am

    • Investment

    Pelaburan TH

    • Equities
    • Fixed Income
    • Properties
    • Others

    Pelaburan Strategik

    • Islamic Finance
    • Plantation
    • Construction & Property Development
    • Hospitality
    • Other Services

    Soalan Lazim

    • Investment

Bahasa

  • English
  • Bahasa Malaysia

Trusted and committed
for you.

Trusted and committed for you.
Home
  • Corporate
    • Corporate Information
      • About Us
      • TH Stewardship Framework
      • Data & Statistics
      • Logo
      • TH Privacy Notice
      • Occupational Safety and Health Policy
      • Annual Report
    • Organisation Structure
      • Organisation Chart
      • The Lembaga
      • Investment Panel
      • Shariah Advisory Committee
      • Management Team
    • Integrity
      • Integrity Policy
      • e-Whistleblowing
    • Corporate Sosial Responsibility
      • About CSR
      • CSR Zakat Programmes
      • Contributions
    • Career & Industrial Training
      • Info
    • Directory
      • Headquarters
      • Branches
    • Media & Download
      • Newsroom
      • Press Release
      • Khutbah Arafah
      • Photo Gallery
      • Archives
        • Newsroom
        • Media Gallery
        • TH Annual Report
        • Kenyataan Media
        • Khutbah Arafah
    • FAQ
      • Corporate
  • Savings
    • General Info
      • Savings
      • Opening an Account
      • Closing an Account
      • Debit-i Card
      • Beneficiary Appointment
      • Data & Statistics
      • Profit Distribution
    • Services
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • Strategic Partners
      • IFiC Counter
      • Service Centre (PPTH)
      • Virtual Account Opening (VAO)
      • TH Khairat
      • TH Community
      • Hibah Amanah
      • Kelab TaHa
      • JomPAY
    • Forms
      • Download Form
    • FAQ
      • Savings
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • JomPAY
      • TH Khairat
      • Update Mobile Phone Number
      • Campaigns
        • Link, Simpan & Menang - TH Maybank Campaign
    • Campaign
      • Kempen VAO 2024
      • Al-Falah Campaign
      • THiJARI Auto Save @ THiJARI FPX Campaign
      • Smart Saving Campaign 2024
      • Contribute and Save Campaign 2024
      • Terpaling Sayang Campaign
      • Link & Menang TH Bersama AmBank Campaign
  • Hajj
    • General Info
      • Hajj Management
      • Hajj Registration
      • Hajj Appeal
      • Hajj Cost and Payment
      • Hajj Quota
      • Hajj Operations
      • Data & Statistics
    • Services
      • Hajj Advisory Committee (TH-JAKIM)
      • Executive Programme for Hajj Guidance Facilitator (EPIH)
      • Pengelola Jemaah Haji (PJH) Services
    • Guidance
      • E-Guidance Portal
      • Hajj Course
      • Hajj Basic Course (KAH) Module
      • Hajj Basic Course Series (Lembaga Tabung Haji Youtube Channel)
      • Hajj Publication
      • Homeland Hajj Trainers and Holy Land Hajj Facilitators
      • Muzakarah Hajj Resolution
      • Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ) Programme
    • FAQ
      • Hajj Basic Course (KAH) 1446H/2025M
      • Hajj Payment 1445H/2024
      • Hajj Conditions & Health Criteria for Prospective Hajj Pilgrims Hajj Season 1445H/2024M
      • FAQ on the 1445H Dam and Qurban Services
      • FAQ - 25 Registered Hajj Pilgrimage Operators (PJH) under TH for the year 2024M
    • Campaign
      • Hajj Artefacts Collection Campaign #MuziumHajiTH
  • Investment
    • General Info
      • Investment
    • TH Investment
      • Equities
      • Fixed Income
      • Properties
      • Others
    • Strategic Investment
      • Islamic Finance
      • Plantation
      • Construction & Property Development
      • Hospitality
      • Other Services
    • FAQ
      • Investment
  • English
  • Bahasa Malaysia

Pengumuman

  • Career & Industrial Training, more info>
  • THiJARI, TH service is now at your fingertips
  • Closing of TH Branches - November 2024 Public Holiday
  • Branch Office Operations Postponed Due to Flooding
Wukuf
05 June 2025 / 9 Zulhijjah 1446H
Has Ended

284 Jemaah Haji Kumpulan Pertama Selamat Pulang ke Tanah Air

SEPANG, 24 JUN 2024 – Kumpulan jemaah haji Malaysia pertama telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9.10 malam hari ini menandakan bermulanya operasi haji fasa kedua untuk Musim Haji 1445H/2024M bagi menyambut kepulangan jemaah haji ke tanah air.

Kumpulan yang terdiri daripada 284 orang jemaah negeri Kedah dan Kelantan itu berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada jam 6.40 pagi (waktu Arab Saudi) hari yang sama menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines (MH 8251).

Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman hadir untuk menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah tersebut di KLIA.

Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im merakamkan rasa kesyukuran dan amat berpuas hati dengan komitmen TH dalam memastikan kelancaran segala urusan proses haji bagi tahun ini.

“Alhamdulillah operasi haji bagi tahun 1445H/2024M telah sampai ke penghujungnya dan setinggi-tinggi kesyukuran juga kerana operasi haji kali ini telah dapat dilaksanakan dengan tertib dan jayanya. Walaupun menghadapi beberapa keadaan yang amat mencabar seperti keadaan cuaca panas terik, namun kesemua para jemaah tetap dapat melaksanakan ibadat dengan selamat, teratur dan mempamerkan tahap disiplin yang tinggi,” jelas beliau.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada TH kerana sekali lagi telah meletakkan sepenuh komitmen dalam menyampaikan perkhidmatan bermutu tinggi dan tatakelola pengurusan yang amat cekap dengan pelbagai penambahbaikan demi kelancaran dan keselesaan ibadah para jemaah negara,” kata beliau.

“Kesungguhan yang dipamerkan oleh TH ini juga terbukti dengan pengiktirafan oleh Kerajaan Arab Saudi melalui Anugerah Labbaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan buat kali ketiga berturut-turut baru-baru ini. Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada TH, agensiagensi kerajaan, badan korporat, para dhuyufurrahman dan semua pihak yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan operasi haji kali ini dan semoga amal kebajikan ini mendapat keberkatan di sisi Allah SWT,” tambah beliau lagi.

Syed Hamadah berkata TH akan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada para jemaah haji negara dan membuat penilaian teliti bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi musim haji akan datang.

“Matlamat dan objektif yang digariskan untuk operasi haji kali ini telah berjaya dicapai di mana antaranya TH telah membantu menyelaraskan supaya hampir kesemua jemaah haji dapat melaksanakan wuquf di Arafah pada 9 Zulhijjah dan ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW dalam riwayat At-Tirmizi, haji itu adalah Arafah,” kata beliau.

Selain itu, beliau juga menjelaskan 71 jemaah haji yang mengalami masalah kesihatan dan terlantar di Pusat Rawatan TH turut dibawa berwuquf di Arafah menggunakan lapan buah bas yang diubahsuai melalui program Safari Wuquf supaya mereka dapat menyempurnakan rukun haji yang kedua itu.

“TH sememangnya komited dalam usaha untuk memastikan keselesaan dan keselamatan para jemaah terjamin sepanjang melaksanakan ibadah haji. Alhamdulillah atas beberapa pembaharuan dan inisiatif yang diambil telah memungkinkan operasi haji kali ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku,” tambah beliau.

“Operasi haji setiap tahun memberi pengalaman yang berbeza dan TH sentiasa mengambil inisiatif untuk penambahbaikan dalam sesi pascanilai yang akan diadakan sejurus selesai musim haji nanti. Pengiktirafan Anugerah Labbaittom yang diterima juga menjadi pemangkin buat TH untuk sentiasa mencari ruang inovasi dalam menyedia dan memberikan perkhidmatan yang terbaik pada setiap tahun,” kata beliau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Syarikat Mashariq serta semua agensi yang terlibat di dalam operasi haji di tanah air dan tanah suci antaranya pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sentiasa gigih menggembleng tenaga dalam memastikan kesihatan para jemaah terjaga sebaiknya.

“TH juga amat berterima kasih kepada Jabatan Kastam, Imigresen, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta semua agensi yang turut sama berganding bahu menabur khidmat bakti dalam melancarkan urusan serta pergerakan operasi haji tahun ini. Terima kasih juga kepada barisan jemaah haji sukarelawan, Sahabat Maktab yang telah banyak membantu pengurusan jemaah di tanah suci,” ujar beliau lagi.

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas disediakan oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines bagi membawa kesemua jemaah haji pulang ke tanah air bermula 24 Jun dan penerbangan terakhir dijadualkan pada Sabtu, 20 Julai ini.

-TAMAT-

Press Release PDF
SIARAN AKHBAR TH-284 JEMAAH KUMPULAN PERTAMA SELAMAT TIBA DI TANAH AIR.pdf

"Tabung Haji is a Reporting Institution under the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001"

Alhamdulillah, this portal has been visited:
times
Unique visitors:
Last updated on: 22-04-2025

Recommended desktop browsers : 
Chrome 30+,  Firefox 30+,  Safari 7+,  Internet Explorer 10+

 This site is mobile and desktop friendly. For the best desktop experience, we recommend a screen resolution of 1366x768.

Polisi TH

TH Privacy Notice
TH Portal Privacy Policy
Terms & Conditions
Security Policy
Copyright

Disclaimer:
Lembaga Tabung Haji shall not be liable for any loss or damage caused by the use of any information obtained from this website. All information is true and accurate at the time of publication and subject to change from time to time.

Perhubungan & Bantuan

Feedback Form
Site Map
 

Anggota TH

E-Staff

Media Sosial

Official Facebook TH Official X TH https://www.instagram.com/lembagatabunghaji/ https://www.tiktok.com/@tabunghaji Official TH You Tube Official TH Linkedin