• Home
  • Social Media
    • Facebook
    • X
    • Instagram
    • TikTok
    • YouTube
    • Linkedin
  • Career
  • OKU
  • Appointment
  • Branch
    Locations
  • Contact
    Us
  • MENU
  • Corporate

    Informasi Korporat

    • About Us
    • TH Stewardship Framework
    • Data & Statistics
    • Logo
    • TH Privacy Notice
    • Occupational Safety and Health Policy
    • Annual Report

    Struktur Organisasi

    • Organisation Chart
    • The Lembaga
    • Investment Panel
    • Shariah Advisory Committee
    • Management Team

    Integriti

    • Integrity Policy
    • e-Whistleblowing

    Tanggungjawab Sosial Korporat

    • About CSR
    • CSR Zakat Programmes
    • Contributions

    Karier dan Latihan Industri

    • Info

    Direktori

    • Headquarters
    • Branches

    Media & Muat Turun

    • Newsroom
    • Press Release
    • Khutbah Arafah
    • Photo Gallery
    • Archives

    Soalan Lazim

    • Corporate
  • Savings

    Maklumat Am

    • Savings
    • Opening an Account
    • Closing an Account
    • Debit-i Card
    • Beneficiary Appointment
    • Data & Statistics
    • Profit Distribution

    Perkhidmatan

    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • Strategic Partners
    • IFiC Counter
    • Service Centre (PPTH)
    • Virtual Account Opening (VAO)
    • TH Khairat
    • TH Community
    • Hibah Amanah
    • Kelab TaHa
    • JomPAY

    Soalan Lazim

    • Savings
    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • JomPAY
    • TH Khairat
    • Update Mobile Phone Number
    • Campaigns
      • Link, Simpan & Menang - TH Maybank Campaign

    Kempen

    • Kempen VAO 2024
    • Al-Falah Campaign
    • THiJARI Auto Save @ THiJARI FPX Campaign
    • Smart Saving Campaign 2024
    • Contribute and Save Campaign 2024
    • Terpaling Sayang Campaign
    • Link & Menang TH Bersama AmBank Campaign

    Borang-Borang

    • Download Form
  • Hajj

    Maklumat Am

    • Hajj Management
    • Hajj Registration
    • Hajj Appeal
    • Hajj Cost and Payment
    • Hajj Quota
    • Hajj Operations
    • Data & Statistics

    Bimbingan

    • E-Guidance Portal
    • Hajj Course
    • Hajj Basic Course (KAH) Module
    • Hajj Basic Course Series (Lembaga Tabung Haji Youtube Channel)
    • Hajj Publication
    • Homeland Hajj Trainers and Holy Land Hajj Facilitators
    • Muzakarah Hajj Resolution
    • Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ) Programme

    Perkhidmatan

    • Hajj Advisory Committee (TH-JAKIM)
    • Executive Programme for Hajj Guidance Facilitator (EPIH)
    • Pengelola Jemaah Haji (PJH) Services

    Soalan Lazim

    • Hajj Basic Course (KAH) 1446H/2025M
    • Hajj Payment 1445H/2024
    • Hajj Conditions & Health Criteria for Prospective Hajj Pilgrims Hajj Season 1445H/2024M
    • FAQ on the 1445H Dam and Qurban Services
    • FAQ - 25 Registered Hajj Pilgrimage Operators (PJH) under TH for the year 2024M

    Kempen

    • Hajj Artefacts Collection Campaign #MuziumHajiTH
  • Investment

    Maklumat Am

    • Investment

    Pelaburan TH

    • Equities
    • Fixed Income
    • Properties
    • Others

    Pelaburan Strategik

    • Islamic Finance
    • Plantation
    • Construction & Property Development
    • Hospitality
    • Other Services

    Soalan Lazim

    • Investment

Bahasa

  • English
  • Bahasa Malaysia

Trusted and committed
for you.

Trusted and committed for you.
Home
  • Corporate
    • Corporate Information
      • About Us
      • TH Stewardship Framework
      • Data & Statistics
      • Logo
      • TH Privacy Notice
      • Occupational Safety and Health Policy
      • Annual Report
    • Organisation Structure
      • Organisation Chart
      • The Lembaga
      • Investment Panel
      • Shariah Advisory Committee
      • Management Team
    • Integrity
      • Integrity Policy
      • e-Whistleblowing
    • Corporate Sosial Responsibility
      • About CSR
      • CSR Zakat Programmes
      • Contributions
    • Career & Industrial Training
      • Info
    • Directory
      • Headquarters
      • Branches
    • Media & Download
      • Newsroom
      • Press Release
      • Khutbah Arafah
      • Photo Gallery
      • Archives
        • Newsroom
        • Media Gallery
        • TH Annual Report
        • Kenyataan Media
        • Khutbah Arafah
    • FAQ
      • Corporate
  • Savings
    • General Info
      • Savings
      • Opening an Account
      • Closing an Account
      • Debit-i Card
      • Beneficiary Appointment
      • Data & Statistics
      • Profit Distribution
    • Services
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • Strategic Partners
      • IFiC Counter
      • Service Centre (PPTH)
      • Virtual Account Opening (VAO)
      • TH Khairat
      • TH Community
      • Hibah Amanah
      • Kelab TaHa
      • JomPAY
    • Forms
      • Download Form
    • FAQ
      • Savings
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • JomPAY
      • TH Khairat
      • Update Mobile Phone Number
      • Campaigns
        • Link, Simpan & Menang - TH Maybank Campaign
    • Campaign
      • Kempen VAO 2024
      • Al-Falah Campaign
      • THiJARI Auto Save @ THiJARI FPX Campaign
      • Smart Saving Campaign 2024
      • Contribute and Save Campaign 2024
      • Terpaling Sayang Campaign
      • Link & Menang TH Bersama AmBank Campaign
  • Hajj
    • General Info
      • Hajj Management
      • Hajj Registration
      • Hajj Appeal
      • Hajj Cost and Payment
      • Hajj Quota
      • Hajj Operations
      • Data & Statistics
    • Services
      • Hajj Advisory Committee (TH-JAKIM)
      • Executive Programme for Hajj Guidance Facilitator (EPIH)
      • Pengelola Jemaah Haji (PJH) Services
    • Guidance
      • E-Guidance Portal
      • Hajj Course
      • Hajj Basic Course (KAH) Module
      • Hajj Basic Course Series (Lembaga Tabung Haji Youtube Channel)
      • Hajj Publication
      • Homeland Hajj Trainers and Holy Land Hajj Facilitators
      • Muzakarah Hajj Resolution
      • Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ) Programme
    • FAQ
      • Hajj Basic Course (KAH) 1446H/2025M
      • Hajj Payment 1445H/2024
      • Hajj Conditions & Health Criteria for Prospective Hajj Pilgrims Hajj Season 1445H/2024M
      • FAQ on the 1445H Dam and Qurban Services
      • FAQ - 25 Registered Hajj Pilgrimage Operators (PJH) under TH for the year 2024M
    • Campaign
      • Hajj Artefacts Collection Campaign #MuziumHajiTH
  • Investment
    • General Info
      • Investment
    • TH Investment
      • Equities
      • Fixed Income
      • Properties
      • Others
    • Strategic Investment
      • Islamic Finance
      • Plantation
      • Construction & Property Development
      • Hospitality
      • Other Services
    • FAQ
      • Investment
  • English
  • Bahasa Malaysia

Pengumuman

  • Career & Industrial Training, more info>
  • THiJARI, TH service is now at your fingertips
  • Closing of TH Branches - November 2024 Public Holiday
  • Branch Office Operations Postponed Due to Flooding
Wukuf
05 June 2025 / 9 Zulhijjah 1446H
Has Ended

TH Catat Pendapatan RM1.47 Bilion Separuh Tahun Pertama 2022

SIARAN AKHBAR TH: TH CATAT PENDAPATAN RM1.47 BILION SEPARUH TAHUN PERTAMA 2022

KUALA LUMPUR, 22 September 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat jumlah pendapatan sebanyak RM1.47 bilion dalam separuh tahun pertama 2022 dengan jumlah deposit berjumlah RM88.09 bilion, iaitu paras tertinggi sejak 59 tahun penubuhan TH.

Kepercayaan dan sokongan kepada TH sebagai sebuah institusi yang membantu umat Islam menyimpan dan melaksanakan ibadah haji kekal utuh di mana sepanjang enam bulan pertama, lebih daripada 200,000 akaun simpanan baharu telah dibuka, seterusnya menyaksikan peningkatan jumlah keseluruhan pendeposit TH kepada 8.6 juta orang.

Pencapaian ini mencerminkan daya tahan TH walaupun berhadapan dengan kesan-kesan selepas pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir, antaranya ancaman inflasi, ketidaktentuan pasaran dan kelemahan ekonomi dunia.

Sebahagian besar pendapatan TH diperoleh daripada pelaburan pendapatan tetap yang telah menyumbang sebanyak RM966.34 juta dalam tempoh separuh tahun pertama yang merangkumi 65.71 peratus daripada jumlah pendapatan kasarnya.

Pelaburan saham turut menyumbang sebanyak RM224.62 juta yang mencatatkan peningkatan RM41.27 juta berbanding RM183.35 juta pada tempoh yang sama pada tahun lalu. Pelaburan ekuiti menyumbang 15.27 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan, manakala pelaburan harta tanah memperoleh pendapatan sebanyak RM213.66 juta, diikuti pendapatan-pendapatan lain sebanyak RM66.07 juta.

Setelah mengambil kira perbelanjaan termasuk peruntukan zakat, TH mencatat keuntungan bersih sebanyak RM1.03 bilion dalam tempoh enam bulan pertama sehingga 30 Jun 2022, berbanding RM1.22 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun 2021.

Penurunan keuntungan adalah setelah mengambil kira perbelanjaan Bantuan Kewangan Haji yang diberikan kepada jemaah haji bagi musim 1443H/2022M. Kos Haji bagi musim 1443H/2022M adalah RM28,632 bagi setiap jemaah berbanding anggaran awal sebanyak RM25,540 bagi setiap jemaah, manakala Kos Haji bagi musim 1440H/2019M adalah sebanyak RM22,900 seorang. TH tidak menghantar jemaah dari Malaysia pada tahun 2020 dan 2021.

TH CATAT PENDAPATAN RM1.47 BILION SEPARUH TAHUN PERTAMA 2022

Perbelanjaan TH meningkat sebanyak RM134.42 juta pada separuh tahun 2022 kepada RM437.30 juta pada Jun 2022 kerana Bantuan Kewangan Haji kepada jemaah haji 1443H/2022M yang terus ditanggung oleh TH. Jumlah perbelanjaan Bantuan Kewangan Haji dijangka akan meningkat kepada RM185.7 juta apabila musim haji 1443H/2022M tamat dalam suku ketiga nanti.

Jika perbelanjaan Bantuan Kewangan Haji tidak diambilkira, perbelanjaan operasi TH hanya meningkat 3.65 peratus berbanding perbelanjaan bagi tempoh sama tahun lalu, hasil langkah pengurusan berhemah walaupun di dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan ancaman inflasi. TH sentiasa mengambil langkah berhemah dalam mengoptimumkan perbelanjaan bagi memastikan pengurusan perbelanjaan yang cekap.

Ketidaktentuan dan cabaran ekonomi masa kini

Ketahanan pencapaian kewangan TH mencerminkan pendekatan pelaburan yang mampan dengan pengurusan kecairan yang mantap, berpandukan kepada Alokasi Aset Strategik (SAA) yang bertujuan meminimumkan kesan turun naik jangka masa panjang di pasaran.

Pelaburan aset TH berdasarkan SAA ini adalah berpadanan dengan objektif mengurus simpanan para pendeposit untuk jangka masa panjang bagi tujuan menunaikan ibadat haji. Lebih daripada separuh atau 58 peratus aset TH telah diperuntukkan bagi pelaburan dalam instrumen pendapatan tetap seperti sukuk yang memberikan pulangan stabil dan selamat dalam jangka masa panjang.

Pulangan pelaburan ekuiti TH yang meningkat 23 peratus juga mengatasi penanda aras Indeks Syariah Hijrah Bursa Malaysia yang turun -14.3 peratus dalam tempoh separuh tahun pertama. TH memfokuskan kepada pelaburan saham dengan asas yang baik dan berkualiti dari aspek ketahanan dan rekod prestasi dividen yang baik.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Dato’ Sri Amrin Awaluddin berkata pendekatan pelaburan yang mengutamakan keselamatan pulangan ini mencerminkan komitmen TH untuk melindungi kepentingan para pendeposit dengan memelihara dan meningkatkan simpanan mereka bagi memenuhi kewajipan Rukun Islam Ke-lima.

Dato’ Sri Amrin berkata, TH sentiasa menghargai sokongan para pemegang taruh, terutamanya pendeposit. Melangkah ke hadapan, TH akan meneruskan usaha meningkatkan pendapatan melalui pelaburan dan menguruskan kos operasi dengan lebih cekap untuk memastikan agihan keuntungan yang mampan dan stabil untuk para pendeposit. TH juga akan terus fokus terhadap tahap tadbir urus, pematuhan dan integriti yang tinggi demi kebaikan TH dan pendepositnya.

Hala Tuju Hijrah24

Selari dengan kematangan TH, perancangan dan tindakan terus diatur dan diimplementasikan secara strategik dan bersasar bagi mencapai kejayaan yang lebih gemilang lagi di masa hadapan di mana Pelan Transformasi Strategik 2022-2024 atau dikenali sebagai HIJRAH24 adalah panduan dalam usaha transformasi TH.

Transformasi secara berkala telah dilakukan dari segi operasi, polisi, bimbingan dan kos-kos berkaitan untuk terus berdaya saing dan selari dengan peredaran masa untuk memastikan TH kekal lestari hingga ke masa hadapan.

Antara sasaran utama HIJRAH24 untuk dicapai oleh TH pada penghujung 2024 ialah peningkatan saiz dana berjumlah RM100.0 bilion yang pada masa kini saiz dana TH telah meningkat ke RM88.09 bilion. Sementara itu pengguna baru platform digital THiJARI juga telah bertambah sebanyak 639 ribu di mana sasaran yang ditetapkan adalah 1 juta pengguna baharu pada akhir tahun 2022.

-Tamat-

TH Catat Pendapatan RM1.47 Bilion Separuh Tahun Pertama 2022.pdf

"Tabung Haji is a Reporting Institution under the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001"

Alhamdulillah, this portal has been visited:
times
Unique visitors:
Last updated on: 22-04-2025

Recommended desktop browsers : 
Chrome 30+,  Firefox 30+,  Safari 7+,  Internet Explorer 10+

 This site is mobile and desktop friendly. For the best desktop experience, we recommend a screen resolution of 1366x768.

Polisi TH

TH Privacy Notice
TH Portal Privacy Policy
Terms & Conditions
Security Policy
Copyright

Disclaimer:
Lembaga Tabung Haji shall not be liable for any loss or damage caused by the use of any information obtained from this website. All information is true and accurate at the time of publication and subject to change from time to time.

Perhubungan & Bantuan

Feedback Form
Site Map
 

Anggota TH

E-Staff

Media Sosial

Official Facebook TH Official X TH https://www.instagram.com/lembagatabunghaji/ https://www.tiktok.com/@tabunghaji Official TH You Tube Official TH Linkedin