• Home
  • Social Media
    • Facebook
    • X
    • Instagram
    • TikTok
    • YouTube
    • Linkedin
  • Career
  • OKU
  • Appointment
  • Branch
    Locations
  • Contact
    Us
  • MENU
  • Corporate

    Informasi Korporat

    • About Us
    • TH Stewardship Framework
    • Data & Statistics
    • Logo
    • TH Privacy Notice
    • Occupational Safety and Health Policy
    • Annual Report

    Struktur Organisasi

    • Organisation Chart
    • The Lembaga
    • Investment Panel
    • Shariah Advisory Committee
    • Management Team

    Integriti

    • Integrity Policy
    • e-Whistleblowing

    Tanggungjawab Sosial Korporat

    • About CSR
    • CSR Zakat Programmes
    • Contributions

    Karier dan Latihan Industri

    • Info

    Direktori

    • Headquarters
    • Branches

    Media & Muat Turun

    • Newsroom
    • Press Release
    • Khutbah Arafah
    • Photo Gallery
    • Archives

    Soalan Lazim

    • Corporate
  • Savings

    Maklumat Am

    • Savings
    • Opening an Account
    • Closing an Account
    • Debit-i Card
    • Beneficiary Appointment
    • Data & Statistics
    • Profit Distribution

    Perkhidmatan

    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • Strategic Partners
    • IFiC Counter
    • Service Centre (PPTH)
    • Virtual Account Opening (VAO)
    • TH Khairat
    • TH Community
    • Hibah Amanah
    • Kelab TaHa
    • JomPAY

    Soalan Lazim

    • Savings
    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • JomPAY
    • TH Khairat
    • Update Mobile Phone Number
    • Campaigns
      • Link, Simpan & Menang - TH Maybank Campaign

    Kempen

    • Kempen VAO 2024
    • Al-Falah Campaign
    • THiJARI Auto Save @ THiJARI FPX Campaign
    • Smart Saving Campaign 2024
    • Contribute and Save Campaign 2024
    • Terpaling Sayang Campaign
    • Link & Menang TH Bersama AmBank Campaign

    Borang-Borang

    • Download Form
  • Hajj

    Maklumat Am

    • Hajj Management
    • Hajj Registration
    • Hajj Appeal
    • Hajj Cost and Payment
    • Hajj Quota
    • Hajj Operations
    • Data & Statistics

    Bimbingan

    • E-Guidance Portal
    • Hajj Course
    • Hajj Basic Course (KAH) Module
    • Hajj Basic Course Series (Lembaga Tabung Haji Youtube Channel)
    • Hajj Publication
    • Homeland Hajj Trainers and Holy Land Hajj Facilitators
    • Muzakarah Hajj Resolution
    • Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ) Programme

    Perkhidmatan

    • Hajj Advisory Committee (TH-JAKIM)
    • Executive Programme for Hajj Guidance Facilitator (EPIH)
    • Pengelola Jemaah Haji (PJH) Services

    Soalan Lazim

    • Hajj Basic Course (KAH) 1446H/2025M
    • Hajj Payment 1445H/2024
    • Hajj Conditions & Health Criteria for Prospective Hajj Pilgrims Hajj Season 1445H/2024M
    • FAQ on the 1445H Dam and Qurban Services
    • FAQ - 25 Registered Hajj Pilgrimage Operators (PJH) under TH for the year 2024M

    Kempen

    • Hajj Artefacts Collection Campaign #MuziumHajiTH
  • Investment

    Maklumat Am

    • Investment

    Pelaburan TH

    • Equities
    • Fixed Income
    • Properties
    • Others

    Pelaburan Strategik

    • Islamic Finance
    • Plantation
    • Construction & Property Development
    • Hospitality
    • Other Services

    Soalan Lazim

    • Investment

Bahasa

  • English
  • Bahasa Malaysia

Trusted and committed
for you.

Trusted and committed for you.
Home
  • Corporate
    • Corporate Information
      • About Us
      • TH Stewardship Framework
      • Data & Statistics
      • Logo
      • TH Privacy Notice
      • Occupational Safety and Health Policy
      • Annual Report
    • Organisation Structure
      • Organisation Chart
      • The Lembaga
      • Investment Panel
      • Shariah Advisory Committee
      • Management Team
    • Integrity
      • Integrity Policy
      • e-Whistleblowing
    • Corporate Sosial Responsibility
      • About CSR
      • CSR Zakat Programmes
      • Contributions
    • Career & Industrial Training
      • Info
    • Directory
      • Headquarters
      • Branches
    • Media & Download
      • Newsroom
      • Press Release
      • Khutbah Arafah
      • Photo Gallery
      • Archives
        • Newsroom
        • Media Gallery
        • TH Annual Report
        • Kenyataan Media
        • Khutbah Arafah
    • FAQ
      • Corporate
  • Savings
    • General Info
      • Savings
      • Opening an Account
      • Closing an Account
      • Debit-i Card
      • Beneficiary Appointment
      • Data & Statistics
      • Profit Distribution
    • Services
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • Strategic Partners
      • IFiC Counter
      • Service Centre (PPTH)
      • Virtual Account Opening (VAO)
      • TH Khairat
      • TH Community
      • Hibah Amanah
      • Kelab TaHa
      • JomPAY
    • Forms
      • Download Form
    • FAQ
      • Savings
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • JomPAY
      • TH Khairat
      • Update Mobile Phone Number
      • Campaigns
        • Link, Simpan & Menang - TH Maybank Campaign
    • Campaign
      • Kempen VAO 2024
      • Al-Falah Campaign
      • THiJARI Auto Save @ THiJARI FPX Campaign
      • Smart Saving Campaign 2024
      • Contribute and Save Campaign 2024
      • Terpaling Sayang Campaign
      • Link & Menang TH Bersama AmBank Campaign
  • Hajj
    • General Info
      • Hajj Management
      • Hajj Registration
      • Hajj Appeal
      • Hajj Cost and Payment
      • Hajj Quota
      • Hajj Operations
      • Data & Statistics
    • Services
      • Hajj Advisory Committee (TH-JAKIM)
      • Executive Programme for Hajj Guidance Facilitator (EPIH)
      • Pengelola Jemaah Haji (PJH) Services
    • Guidance
      • E-Guidance Portal
      • Hajj Course
      • Hajj Basic Course (KAH) Module
      • Hajj Basic Course Series (Lembaga Tabung Haji Youtube Channel)
      • Hajj Publication
      • Homeland Hajj Trainers and Holy Land Hajj Facilitators
      • Muzakarah Hajj Resolution
      • Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ) Programme
    • FAQ
      • Hajj Basic Course (KAH) 1446H/2025M
      • Hajj Payment 1445H/2024
      • Hajj Conditions & Health Criteria for Prospective Hajj Pilgrims Hajj Season 1445H/2024M
      • FAQ on the 1445H Dam and Qurban Services
      • FAQ - 25 Registered Hajj Pilgrimage Operators (PJH) under TH for the year 2024M
    • Campaign
      • Hajj Artefacts Collection Campaign #MuziumHajiTH
  • Investment
    • General Info
      • Investment
    • TH Investment
      • Equities
      • Fixed Income
      • Properties
      • Others
    • Strategic Investment
      • Islamic Finance
      • Plantation
      • Construction & Property Development
      • Hospitality
      • Other Services
    • FAQ
      • Investment
  • English
  • Bahasa Malaysia

Pengumuman

  • Career & Industrial Training, more info>
  • THiJARI, TH service is now at your fingertips
  • Closing of TH Branches - November 2024 Public Holiday
  • Branch Office Operations Postponed Due to Flooding
Wukuf
05 June 2025 / 9 Zulhijjah 1446H
Today

Operasi Haji 1445H Tamat Dengan Ketibaan Jemaah Haji Kumpulan Terakhir Di KLIA

SEPANG, 21 JULAI 2024 – Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia seramai 270 orang telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.30 malam semalam menandakan operasi haji bagi Musim Haji 1445H/2024M secara rasminya telah berakhir.

Kumpulan terakhir daripada keseluruhan 100 penerbangan sewa khas itu berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Putra Mohammad bin Abdulaziz, Madinah pada 20 Julai, jam 9.10 pagi (waktu Arab Saudi) dengan menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines (MH 8389).

Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman serta barisan pengurusan kanan hadir untuk menyambut ketibaan kumpulan jemaah tersebut di KLIA.

Menurut Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im, operasi haji tahun ini telah dapat dilaksanakan dengan sangat memuaskan dan pelbagai penambahbaikan perkhidmatan tersedia buat para jemaah haji negara.

“Alhamdulillah, segala perancangan yang telah disusun atur dengan teliti dan persiapan awal yang rapi telah dapat dilaksanakan dengan lancar.

Walaupun terdapat beberapa kekangan dan cabaran, namun atas tindakan pantas dan kecekapan TH dalam menguruskan jemaah, kesemua ini dapat ditangani dengan sebaiknya dan tidak menjejaskan operasi haji secara keseluruhan,” jelas beliau.

“Tahniah kepada kesemua 31,600 jemaah haji negara pada tahun ini kerana telah berjaya mengharungi cabaran pelaksanaan kemuncak ibadat haji sekaligus menyempurnakan rukun Islam.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan keikhlasan dalam beribadah ini diganjari dengan haji yang mabrur.

Saya juga berharap semoga segala ibadah yang kita lazimi di tanah suci dapat terus dikekalkan sepulangnya ke tanah air dalam membentuk peribadi musleh buat setiap jemaah haji, InsyaAllah,” kata beliau.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan TH, agensi-agensi kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kastam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Malaysia Airports Holdings Berhad, badan korporat, para dhuyufurrahman dan semua pihak yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan operasi haji kali ini.

Ucapan terima kasih khusus saya ucapkan kepada Kerajaan Arab Saudi terutamanya Kementerian Haji dan Umrah dan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia yang telah banyak membantu pihak TH melancarkan lagi urusan ibadah haji para jemaah negara pada tahun ini”, tambah beliau.

Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im turut menjelaskan segala dapatan dan maklumbalas daripada jemaah haji akan dinilai serta dibincangkan dalam Bengkel Pascanilai yang akan diadakan dalam masa terdekat bagi penambahbaikan perkhidmatan pada musim haji akan datang.

“Dalam usaha untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti perkhidmatannya, TH telah merangka blueprint haji yang mengandungi beberapa prosedur dan langkah perancangan pengurusan jemaah dan operasi yang lebih menyeluruh dan ini merupakan antara perkara utama yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat pascanilai akan datang,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Syed Hamadah berkata pengurusan operasi yang sistematik jelas menunjukkan komitmen berterusan TH yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan para jemaah haji kita.

“Alhamdulillah, dengan pengesahan jumlah kuota jemaah haji oleh Kerajaan Arab Saudi yang lebih awal, kita juga dapat membuat persediaan lebih awal dan persiapan yang lebih rapi bagi musim haji tahun ini.

TH juga telah meningkatkan perkhidmatan berkaitan infrastruktur dan kemudahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi, termasuklah berkaitan penginapan, pengangkutan, makanan dan kesihatan terutamanya ketika di Masyair iaitu di Arafah, Muzdalifah dan Mina,” jelas beliau.

“Dengan perancangan teratur dan pengurusan yang cekap, operasi haji tahun ini telah berjaya mencapai tiga matlamat utamanya iaitu pertamanya, membawa hampir 100% jemaah haji Malaysia melaksanakan kemuncak haji iaitu berwuquf di Arafah.

Seterusnya, TH juga telah dapat memastikan tahap keselamatan para jemaah berada di tahap yang terbaik dan Alhamdulillah, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku. Akhir sekali, TH juga telah dapat meningkatkan tahap keselesaan para jemaah negara di tahap yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya”, tambah beliau lagi.

Sejumlah 100 penerbangan sewa khas disediakan oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines bagi membawa kesemua jemaah haji pulang ke tanah air bermula 24 Jun yang lalu sehingga penerbangan akhir pada 20 Julai.

-TAMAT-

Press Release PDF
Operasi Haji 1445H Tamat Dengan Ketibaan Jemaah Haji Kumpulan Terakhir Di KLIA

"Tabung Haji is a Reporting Institution under the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001"

Alhamdulillah, this portal has been visited:
times
Unique visitors:
Last updated on: 22-04-2025

Recommended desktop browsers : 
Chrome 30+,  Firefox 30+,  Safari 7+,  Internet Explorer 10+

 This site is mobile and desktop friendly. For the best desktop experience, we recommend a screen resolution of 1366x768.

Polisi TH

TH Privacy Notice
TH Portal Privacy Policy
Terms & Conditions
Security Policy
Copyright

Disclaimer:
Lembaga Tabung Haji shall not be liable for any loss or damage caused by the use of any information obtained from this website. All information is true and accurate at the time of publication and subject to change from time to time.

Perhubungan & Bantuan

Feedback Form
Site Map
 

Anggota TH

E-Staff

Media Sosial

Official Facebook TH Official X TH https://www.instagram.com/lembagatabunghaji/ https://www.tiktok.com/@tabunghaji Official TH You Tube Official TH Linkedin