Pertandingan Bercerita TaHa Cilik
Maklumat Pertandingan
- Terbuka kepada semua ahli TaHa Cilik dengan syarat:
- Mempunyai akaun TH
- Berumur 7 hingga 12 tahun
- Terhad kepada satu penyertaan sahaja bagi setiap ahli TaHa Cilik.
- Peserta perlu menghasilkan video bercerita dalam tempoh pertandingan bermula 1 Jun sehingga 31 Julai 2024.
Syarat Pertandingan
- Peserta perlu menghasilkan video bercerita tidak lebih dari 7 minit yang bertemakan Sirah Nabi dengan tajuk cerita yang sesuai.Cerita tersebut hendaklah tentang kisah salah satu daripada pilihan Nabi seperti berikut:
- Nabi Muhammad S.A.W
- Nabi Ibrahim A.S
- Nabi Musa A.S
- Nabi Isa A.S
- Video perlu dimuatnaik ke media sosial dengan hashtag #TabungHaji #PertandinganBercerita #KelabTaHa #TaHaCilik.
- Pastikan video dimuatnaik sebagai posting yang dapat dilihat umum dan akaun media sosial yang digunakan ditetapkan sebagai Public.
- Imbas kod QR di poster pertandingan untuk menghantar penyertaan. Peserta perlu muatnaik link video tersebut semasa menghantar penyertaan.
- Saringan awal akan dibuat berdasarkan video yang dihantar dan 10 peserta terbaik akan dipilih untuk ke peringkat akhir.
- Peserta yang terpilih ke peringkat akhir akan dihubungi TH dan pertandingan peringkat akhir akan diadakan secara fizikal di Menara TH Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
Hadiah dan Keputusan Pertandingan
- Hadiah pertandingan peringkat akhir:
PEMENANG |
HADIAH |
TEMPAT PERTAMA |
RM 1,000 + Cenderahati Kelab TaHa |
TEMPAT KEDUA |
RM 700 + Cenderahati Kelab TaHa |
TEMPAT KETIGA |
RM 500 + Cenderahati Kelab TaHa |
SAGUHATI (KEEMPAT) |
RM 100 + Cenderahati Kelab TaHa |
SAGUHATI (KELIMA) |
RM 100 + Cenderahati Kelab TaHa |
SAGUHATI |
Cenderahati Kelab TaHa |
- Peserta peringkat akhir akan dipilih berdasarkan penyertaan yang memenuhi syarat, kandungan video yang menarik dan caption yang kreatif yang dinilai oleh panel TH
- Keputusan pemilihan peserta akhir adalah muktamad
Notis Privasi
- Dengan penyertaan pertandingan ini, peserta telah bersetuju untuk TH memproses maklumat peribadi yang dihantar bagi tujuan pertandingan. Ini termasuk mendedahkan nama peserta kepada masyarakat umum apabila peserta menjadi pemenang dengan menerbitkan nama dan lain-lain maklumat peribadi peserta tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti
- Pihak TH berhak menolak penyertaan yang tidak memenuhi syarat atau yang diterima selepas tarikh tutup pertandingan.
- Dengan penyertaan pertandingan ini, peserta dianggap bersetuju dan faham dengan terma & syarat.