Korporat
Thursday, 9 January 2014
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan "The 6th TH Corporate Directors' Seminar 50TH Anniversary - Going Global" di TH Hotel & Residence Kelana Jaya, Selangor.
Seminar tersebut dihadiri oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang menyampaikan ucaptama beliau kepada semua peserta yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah TH, Wakil-wakil Pengarah dan Pengarah Anak Syarikat TH.
Turut hadir ialah YB Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH dan YBhg Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan TH.